SKIZOFRENIA
'A BEAUTIFUL MIND'
Apakah Skizofrenia??
Skizofrenia adalah salah satu penyakit otak dan mental
yang serius. Perkataan skizofrenia atau schizophrenia kerap digunakan oleh
doktor. Perkataan ini agak asing bagi orang ramai kerana ia jarang digunakan.
Orang ramai biasanya menggunakan perkataan seperti “orang gila” , “orang sakit
mental” atau "psycho" terhadap pesakit skizofrenia. Namun penggunaan
perkataan “gila” dan “sakit” ini adalah kadang-kadang di salah ertikan kerana
penyakit mental sebenarnya terdapat bermacam jenis dan tidak semuanya adalah
skizofrenia.
Dengan demikian seseorang yang menderita skizofrenia adalah seseorang
yang mengalami keretakan jiwa atau keretakan keperibadian.
Skizofrenia terbahagi kepada dua konsep asas iaitu
skizofrenia akut dan skizofrenia kronik. Skizofrenia akut adalah apabila pesakt
didominasi oleh keadaan klinikal seperti mengalami simptom-simptom delusi,
halusinasi dan gangguan pemikiran. Keadaan sebegini dipanggil simptom positif.
Sesetengah pesakit pulih daripada penyakit yang akut, sementara da setengah
yang lain menjadi sindrom kronik. Skizofrenia kronik pula pesakit yang
mengalami tiada emosi, kurang upaya motivasi, pergerakan perlahan dan suka menyendiri
daripada masyarakat. Ini digelar simptom negatif. Kebiasaannya penghidap
skizofrenia gagal berfungsi secara sosial dan persekitaran serta tidak berupaya
untuk menguruskan diri mereka sendiri.
Skizofrenia
sebenarnya adalah satu penyakit kronik dan merupakan masalah kegagalan fungsi
otak. Pesakit skizofrenia biasanya mendengar suara yang tidak didengari oleh
orang lain atau mempercayai orang lain sedang membaca dan menguasai pemikiran
mereka, mahupun cuba mencederakan mereka. Keadaan ini biasanya menimbulkan
ketakutan kepada pesakit. Mereka juga sering bercakap perkara-perkara yang
tidak masuk akal, duduk tanpa bercakap atau terlalu banyak bercakap selama
berjam-jam atau kelihatan baik sehinggalah memerkatakan apa yang mereka
fikirkan. Gangguan ini dikaitkan dengan
ketidakseimbangan unsur kimia tertentu dalam otak yang dipanggil neurotransmiter.
Sejarah
Penyakit skizofrenia ini telah ditemui sejak beribu tahun lagi,
sejak zaman Greek. Kajian psikologikal telah menemui dalam tamadun Babylon,
Mesir Purba dan Yahudi. Skizofrenia berasal daripada perkataan Greek,
“schizophrenia”, yang bermaksud minda terbelah. Zaman Babylon mengatakan ianya
kuasa pengetahuan dan cara-cara merawat penyakit fizikal ini. Tamadun Mesir
Pura pula, sama seperti Zaman Babylon, mengenal pasti bahawa otak atau akal itu
merupakan tempat di mana mental berfungsi dan terma persekitaran yang praktis
dan terapi tidur. Ia bleh dianggap sebagai satu penyakit yang agak baru kerana
buat satu tempoh yang agak lama, gejala-gejala skizofrenia sering dikaitkan
dengan rasukan hantu. Hanya pada tahun 1893 ianya mula dianggap sebagai satu
penyakit.
Pada tahun
1890, seorang ahli psikiatri dari Perancis, Morel menguraikan sindrom ini
sebagai demence precox. Pada tahun 1896, Father Of Psyhiatrist, Emil
Kraepelin berpendapat sindrom ini sebagai dementia praecox yang terdiri
daripada tiga jenis iaitu katatonik, hebefrenia dan paranoid. Kraeplin
menjelaskan bahawa kecelaruan ini merujuk kepada peringkat gangguan yang
melemahkan kemampuan proses pramatang otak bagi seseorang itu. Beliau turut
menjelaskan bahawa kecelaruan ini memerihalkan keadaan perpecahan mental yang
bermula dari zaman kanak-kanak. Antara simptom dalam kecelaruan ini ialah
halusinasi, delusi, penarikan sosial dan berlakunya gangguan dalam memberikan
tumpuan.
Sementara pada
tahun 1911 ahli psikiatri dari Sweeden, Eugen Bleular menggantikan “dementia
praecox” dengan schizophrenia. Schiz bermaksud terbelah, tercerai
atau terpisah (spit). Phrenia bermaksud fungsi fizik, mind
(minda) iaitu antara keadaan reality dan fantasi. Dengan kata lain skizofrenia
ialah split of the mind. Bleular juga mempercayai bahawa kecelaruan ini
bukanlah sekadar kecelaruan personaliti semata-mata malahan terjadi disebabkan
oleh keadaan tekanan yang dialami. Namun begitu beliau tetap bersetuju dengan
cadangan simpton yang wujud dalam kecelaruan ini seperti dinyatakan oleh
Kraeplin, iaitu halusinasi, delusi, penarikan sosial dan gangguan dalam
memberikan tumpuan. Pendapat ini diterima ramai oleh ahli psikiatri dan kekal
sehingga hari ini.
Filem A
Beautiful Mind (2001) ini menceritakan kisah sebenar mengenai ahli
matematik genius iaitu John Forbes Nash, yang berjaya mencipta teori ekonomi
yang telah digunakan sehingga sekarang. Kisah ini bermula apabila John Nash telah
diterima masuk keUniversiti Princeton. Beliau merupakan penerima anugerah Carnegie
Prize dalam bidang matematik. Beliau juga telah dijanjikan sebuah bilik
tunggal, rakan sebiliknya Charles Herman, seorang pelajar sastera yang tidak
lama menjadi sahabat karibnya. Nash juga bertemu dengan rakan sekuliahnya
(matematik) seperti Martin Hansen, Sol, Ansley dan Bender. Nash seorang lelaki
yang pemalu, menyendiri, rendah diri, tidak pandai bersosial, dan seorang yang
terlalu yakin pada diri sendiri. Beliau tidak pernah masuk ke kuliah matematik
seperti rakan yang lain dan sering menghabiskan waktu di
luar kelas untuk mendapatkan idea yang original. Beliau akhirnya berjaya
mendapat idea apabila seorang wanita menolak pelawaannya di bar dengan
terhasilnya kawalan dinamik dalam bidang ekonomi matematik.
Setelah tamat di Princeton, beliau diterima kerja di Masaachusetts
Institute of Technology (MIT) bersama rakannya Sol dan Bender. Lima tahun
mengajar mengenai kalkulus di MIT beliau berjumpa dengan Alicia Larde dan akhirnya
berkahwin. Nash telah dijemput Jabatan Pertahanan di Pentagon untuk memecahkan
kod rahsia musuh Amerika Syarikat. Beliau berjaya memecahkan kod rahsia
tersebut dan bertemu dengan William Parcher, agen rahsia yang memberi tugasan
kepada Nash untuk memecahkan kod melalui majalah dan surat khabar. Beliau
terlalu obses dengan tugas tersebut dan pada masa yang sama beliau berjumpa
semula dengan Charles serta anak saudaranya Marcee. Alicia membuat laporan di Hospital Psikitari
setelah melihat perubahan yang dialami oleh Nash. Doktor memberitahu bahawa
William Parcher, Charles dan Marcee sebenarnya adalah khayalan Nash
sahaja. Nash diberi rawatan dan ubat
antipsychotic. Ubat-ubat tersebut memberikan kesan terhadap hubungannya dengan
isterinya serta keupayaannya untuk berfikir. Beliau akhinya menolak untuk makan
ubat tersebut dan watak dalam halusinasinya muncul kembali semula. Nash dan
Alicia memutuskan untuk hidup secara normal dan Nash harus melawan
halusinasinya dengan tidak mengambil sebarang ubat dari hospital. Beliau
meneruskan hidup dan diterima sebagai pengajar semula. Pada 1994, beliau
diberikan anugerah dalam bidang matematik, Nobel Memorial Prize in Economics
dengan terhasilnya teori ekulibriumnya yang banyak berjasa pada teori-teori
ekonomi.
Jenis dan Simptom Skizofrenia
Jenis Skizofrenia
Terdapat tiga jenis skizofrenia yang utama iaitu
skizofrenia paranoid, heberfrenik dan katatonik.
1. Skizofrenia Paranoid
Pesakit mempunyai kepercayaan palsu atau delusi yang
sentiasa menyimpang dengan kebenaran yang normal. Ciri-cirinya pesakit sentiasa
mengalami delusi, halusinasi, curiga terhadap orang lain dan suka bertengkar.
Pesakit percaya mereka mempunyai identiti lain daripada identiti dirinya yang
asal, seperti nabi atau makluk ghaib. Pesakit percaya, dia mempunyai kuasa atau
bakat-bakat tokoh berkenaan. Keadaan ini biasanya dirujuk sebagai
skizofernia besar (skizofernia grandeur). Pesakit menunjukkan kemarahan
yang berlebih-lebihan dan curiga pada orang lain. Contohnya mereka mungkin
mencurigai orang lain dan percaya mereka akan diculik, dimalukan atau dibunuh.
Berdasarkan kepercayaan palsu ini,mereka bertindak ganas dengan tujuan
melindungi diri mereka. Pesakit secara relatifnya kelihatan normal yang lain
meliputi wajah, berpakaian dan seumpamanya. Skizofrenia ini juga disebut
skizofrenia parafenik atau parafrenia.
2. Skizofrenia Hebefrenik
(Kacau Bilau)
Skizofrenia hebefrenik adalah jenis yang paling serius
dan sering dialami pada peringkat awal kehidupan seseorang. Ciri-cirinya adalah
suka menarik diri daripada secara ekstrim, halusinasi, delusi, kebodohan,
mempamerkan tingkah laku yang tidak sesuai, ganas dan ganjil. Skizofrenia jenis
ini adalah seperti paranoid dari segi adanya delusi dan halusinasi tetapi tidak
teratur berpecah-pecah sehingga ia tidak mempunai makna langsung. Pesakit
biasanay menunjukkan tingkah laku yang tidak senonoh, kurang sopan dan kotor.
Misalnya berpakaian kotor ataupun memakan makanan yang tidak sepatutnya.
3. Skizofrenia
Katatonik
Pesakit biasanya tidak menunjukkan pergerakan langsung
(tubuh badan menjadi kaku) dan tidak sedarkan diri ataupun menggoyangkan
badannya dengan cara yang melampau. Biasanya pesakit bertindak dalam kedua-dua
keadaan iaitu berdiam diri (kaku seperti patung) dalam beberapa waktu dan menggoncangkan
badan ataupun becakap tidak berhenti-henti dalam waktu yang lain. Mereka
mungkin berda dalam keadaan kaku dalam beberapa jam.
4. Skizofrenia Delusi
(Skizofrenia Besar)
Pesakit akan mengalami delusi yang bersifat tidak
logik dan tidak disertai halusinasi. Kecelaruan delusi bermaksud kecelaruan
kepercayaan iaitu individu percaya bahawa dirinya adalah orang tertentu dan
bukan dirinya yang sebenar.
Simptom-Simptom
Skizofrenia
Simptom skizofrenia
dapat dibahagikan kepada tiga aspek penting yang melibatkan kecelaruan
kognitif, ganguan emosi dan kecelaruan tingkah laku.
1.Kecelaruan
Kognitif
Ciri utama adalah
pesakit mengalami keadaan “tidak berpijak di alam nyata”. Pesakit biasanya
mempunyai kepercayaan ganjil dan tidak betul, mempunyai pemikiran dan bahasa
yang terpisah-pisah dan tidak logik. Mereka juga mengalami kecelaruan tumpuan
iaitu tidak dapat memberikan tumpuan kepada sesuatu perkataan atau peristiwa.
Kecelaruan persepsi ini dikenali sebagai halusinasi dan kecelaruan kepercayaan
pula dikenali sebagai delusi. Kecelaruan kognitif dapat dibahagikan kepada dua
iaitu halusinasi dan delusi.
a. Halusinasi
Ia adalah pengalaman
persepsi tetapi tanpa ransangan deria. Pesakit mungkin dapat melihat,
mendengar, merasa ataupun bau rangsangan yang ganjil tanpa kewujudan ransangan
itu dalam persekitaran. Halusinasi ini seolah-olah seperti benar kepada pesakit dan mungkin disebabkan
oleh kebimbangan dan perubahan fungsi dalam sistem saraf. Mimpi semasa tidur
yang dialami oleh manusia yang normal mungkin menggambarkan halusinasi bagi
penghidap skizofrenia. Jenis-jenis halusinasi dapat dibahagikan kepada berikut.
Halusinasi pendengaran
: Mendengar suara yang pada hakikatnya orang normal tidak mendengarnya.
Halusinasi penglihatan
: Apa yang dilihat seolah-olah berbentuk orang, binatang, barang atau benda.
Apa yang dilihat seolah-olah tidak berbentuk.
Halusinasi penciuman :
Halusinasi yang seolah-olah mencium sesuatu bau tertentu.
Halusinasi pengecap :
Halusinasi yang seolah-olah mengecap suatu zat atau merasa
sesuatu yang dimakan.
sesuatu yang dimakan.
Halusinasi sentuhan :
Halusinasi yang seolah-olah merasa disentuh.
Halusinasi gerak :
Halusinasi yang seolah-olah merasa badannya bergerak di sebuah ruang tertentu
dan merasa anggota badan bergerak dengan sendirinya.
Dalam filem “A
Beautiful Mind” ini, adanya halusinasi. Nash mengatakan bahawa beliau mempunyai
teman sekamar yang bernama Charles Herman dan anak saudaranya yang bernama
Marcee. Beliau juga berasa beliau sentiasa diikuti oleh agen rahsia yang
bernama William Parcher.
b. Delusi
Delusi adalah
kepercayaan karut yang dipercayai dengan sangat kukuh oleh pesakit walaupun
dipertikaikan atau diragui oleh orang lain. Kepercayaan karut ini tidak sejajar
dengan budaya,agama, masyarakat keadaan social sekeliling dan ilmu penfetahuan
yang ada pada pesakit. Jenis-jenis delusi ialah :
Delusi paranoid (paranoid
or persecutory delusion) : Mempercayai bahawa
terdapat orang lain, kumpulan atau organisasi yang cuba untuk menganiaya ,
mencederakan, mendatangkan kemudaratan atau membunuh pesakit tersebut.
Contohnya; percaya bahawa orang gaji telah memasukkan racun ke dalam makanan
atau percaya bahawa majikan dan orang atas memasang perangkap untuk menjatuhkan
maruah pesakit dan mengancam kedudukan jawatan pesakit. Dalam filem “A
Beautiful Mind” ini, Nash selalu merasa diikuti oleh ejen rahsia. Ejen ini
selalu mengikuti Nash ke mana beliau pergi termasuk ke tempat beliau mengajar.
Delusi kawalan (delusion
of control) : Mempercayai bahawa perbuatan ,
kemahuan dan perasaan menjadi pasif dan hanya dikawal oleh kuasa dari luar
tanpa kehendak diri sendiri. Contohnya; tangan pesakit menumbuk seseorang
kerana di paksa oleh kuasa lain tanpa kawalan dan kehendak dirinya sendiri,
merasai makhluk telah masuk ke dalam badan dan memaksa membunuh anak
Delusi pelik (bizarre
delusion) : Mempercayai dengan kukuh sesuatu yang
pelik. Contohnya; percaya bahawa malaikat telah datang menyerang bumi dan
syaitan akan datang menyerang pula bumi setelah kematian jin.
Delusi grandiose (grandiose
delusion) : Mempercayai bahawa dirinya mempunyai
kelebihan tersendiri yang melampaui orang lain di dunia ini. Contohnya; percaya
bahawa dirinya adalah nabi yang turun untuk menyelamatkan dunia ini, percaya
bahawa dirinya boleh berkomunikasi dengan tuhan, percaya bahawa dirinya boleh
mencipta kenderaan untuk sampai ke bulan dengan sekelip mata, percaya bahawa
dirinya raja memerintah dan banyak lagi. Dalam filem ini, Nash menganggap
dirinya adalah pemecah kod rahasia
terbaik .
Delusi nihilistik (nihilistic
delusion) : Mempercayai bahawa diri sendiri atau
sebahagian daripada tubuh badan sudah tidak wujud lagi atau mempercayai bahawa
dunia sudah tidak wujud lagi. Contohnya percaya bahawa darah tidak mengalir
lagi dalam tubuhnya.
Delusi merujuk (delusion
of reference) ; Mempercayai bahawa orang lain di
sekeliling bercakap mengenai dirinya. Contonya; percaya bahawa jiran bersembang
mengenai dirinya, percaya bahawa televisyen menyiarkan cerita mengenainya.
Terdapat banyak lagi
contoh –contoh delusi dan perlu diingat, kepercayaan yang ada pada pesakit itu
hanyalah kepercayaan karut yang tidak sebenarnya berlaku tetapi kepercayaan ini
sangat kukuh dipercayai oleh pesakit walaupun beliau cuba di cabar.
2. Gangguan Emosi
Ganguan ini bermaksud
tidak ataupun kurang menunjukkan tindak balas emosi, ataupun mempunyai gerak
balas emosi yang tidak sesuai dengan situasi. Misalnya, menangis ketika orang
bergembira, gembira dan ketawa ketika orang lain bersedih dan sebagainya.
Antaranya adalah seperti berikut:
Emosi yang tidak sesuai
berlaku apabila pesakit mengalami emosi yang idak sesuai atau ketawa berlebihan.
Emosi
berlebih-lebihan berlaku apabila pesakit mengalami emosi
yang berlebihan daripada yang sepatutnya. Contohnya jika diberikan wang RM1 dia
menunjukkan kegembiraan yang melampau seperti melonjak-lonjak dan ketawa yang
kuat..
Emosi malap
adalah emosi sentiasa murung dan tidak
menceriakan. Contohnya, apabila diberikan hadiah pesakit hana menunjukkan
senyum yang sedikit, tanpa menunjukkan senyuman yang sewajarnya.
Emosi mendatar
berlaku apabila pesakit tidak menunjukkan tindak balas emosi terhadap peristiwa
atau peristiwa yang berkaitan dengannya. Contohnya, apabila diberitahu bahawa
kucing kesayangannya mati, seseorang itu tidak menunjukkan sebarang reaksi.
Anhedonia adalah keadaan pesakit tidak mampu
mengalami keseronakan menyebabkan emosi pesakit kosong dan sesetengah daripada
mereka akhirnya membunuh diri.
Dalam filem “A
Beautiful Mind” ini terdapat
gangguan emosi. Ini dapat dilihat sewaktu Nash bersetuju untuk
memandikan anaknya yang masih kecil. Beliau tidak memberikan sebarang tindak
balas ketika anaknya menangis.
3. Kecelaruan Tingkah
Laku
Kecelaruan tingkah laku
berlaku apabila pesakit menarik diri daripada perhubungan sosial (tarik diri
sosial). Dalam kes seperti tertentu, mereka inginkan hubungan yang rapat dengan
orang lain tetapi takut kepada orang ramai, ataupun menunjukkan kurang minat
pada orang lain. Kadangkala pesakit hilang motivasi, tiada aktiviti yang
bermatlamat. Mereka juga mengalami kecelaruan motor ekspresi muka yang ganjil, terlalu aktif
ataupun sebaliknya tidak bergerak langsung ataupun seperti robot. Kadangkala
bahasa pesakit sukar difahami. Mereka juga bertindak seperti kanak-kanak dan
menunjukkan tingkah laku yang kurang sesuai di khalayak ramai misalnya dari
segi berpakaian. Terdapat pesakit yang tidak mampu menjaga diri dan membersihkan
diri seperti tidak mandi, menggosok gigi dan menukar pakaian.
Dalam filem “A
Beautiful Mind” ini, kecelaruan tingkah laku dapat dilihat apabila Nash
tidak mempunyai kawan sewaktu berada di universiti. Beliau lebih gemar
menyendiri dan menghabiskan masa di bilik dan perpustakaan. Beliau juga
mengatakan beliau tidak terlalu suka
berhubung dengan orang lain. Nash hanya mempunyai teman khayalannya yang
bernama Charles Herman.
Selain itu, dalam filem ini,boleh dilihat kecelaruan
tingkah laku yang mana Nash Nash menunjukkan ekspresi muka yang ganjil. Ini
boleh dilihat bagaimana gaya berjalan Nash. Apabila berjalan, Nash berjalan
agak terbongkok. Hal ini juga dapat dilihat ketika Nash berkenalan dengan
temannya.
Rawatan Penyakit Skizofrenia
Tiada jalan mudah dalam rawatan skizofernia walaupun terdapat banyak cara untuk sembuh namun tidak ada satu cara yang berkesan ke
atas semua kes jika dilakukan secara bersendirian. Apabila seseorang mengalami
penyakit mental, mereka perlu menjalani penilaian oleh kakitangan kesihatan.
Maklumat secara langsung dan tepat dapat
membantu kakitangan kesihatan dalam menentukan
dan merancang jenis rawatan dengan tepat. Sebahagian besar daripada
mereka dapat dirawat sebagai pesakit luar tanpa memerlukan kemasukan ke
hospital atau institusi mental. Terdapat berbagai jenis rawatan yang boleh
diaplikasikan kepada pesakit dan rawatan segera perlu diberikan agar mereka
dapat pulih dengan cepat. Terdapat berbagai jenis rawatan yang boleh digunakan
untuk merawat penyakit mental antaranya ialah:
1. Penggunaan Ubat-Ubatan
Pendekatan ini merujuk pada pengambilan ubat
antipsikotik iaitu dadah seperti thorazine, melaril, stelazine dan prolixin
yang pada umumnya menghasilkan kesan yang sama. Ubat ini akan mengurangkan
aktiviti reseptor dopamin otak yang akan dapat mengurangkan halusinasi dan
delusi pesakit tetapi tidak dapat menyembuhkan penyakit ini. Menurut Mueser dan
Gingerich (1995), rawatan dan ubat-ubatan untuk kecelaruan skizofrenia bermula
pada tahun 1950 apabila ubatnya ditemui secara tidak sengaja semasa ahli sains
membuat kajian tentang hipertekanan yang melibatkan tekanan darah tinggi.
Ubat
Anti-psikotik: Terdapat pelbagai jenis ubat-ubatan yang dikelaskan
sebagai ubat anti psikotik yang digunakan untuk rawatan skizofrenia.
Ubat-ubatan antipsikotik boleh mengurangkan atau menghapuskan gejala-gejala
psikosis seperti delusi dan halusinasi (Zuraida.2009:33). Pengambilan ubat
secara teratur dapat mengurangkan kemungkinan berlakunya penyakit berulang dan
pesakit skizorfenia mestilah menerima
kenyataan bahawa dalam kebanyakan kes, ubat perlu diambil dalam jangka waktu
yang lama ataupun seumur hidup. Sizorfernia biasanya diiringi oleh
simptom-simptom lain seperti gelabah, tertekan, resah dan memerlukan ubat
penenang (benzodiazepine). Ia tidak memberi kesan kepada skizofernia tetapi
akan menenagkan pesakit sehingga ubat antipsikotik menunjukkan tindakan awal.
Semasa episod
psikotik skizorfernia, seseorang pesakit mungkin berasa murung. Oleh itu ubat
antidepressant (kemurungan )juga mungkin diberikan kepada pesakit.
Jika pesakit skizorfernia mengalami gangguan emosi yang tinggi (iaitu mempunyai perasaan tinggi dan rendah) ubat
menstabilkan emosi diberikan. Manakala mereka yang mengalami kesan sampingan
seperti ektrapirimidal seperti getaran tangan atau kuku, selalunya akan diberikan
ubat antiparkinson untuk melawan kesan sampingan tersebut (Zuraida.2009: 36). Sebahagian
ubatan jenis ini mengambil masa yang agak lama sebelum memberi kesan.
Mengimbau kembali filem ‘A Beautiful Mind’, John Nash telah disahkan
mengalami skizofernia. Alice iaitu isterinya telah membawa John Nash menemui Dr
Rosen dan berbincang mengenai kaedah rawatan untuk digunakan ke atas Nash. Dr
Rosen telah menggunakan ubat antipsikotik dan diberikan kepada John Nasr namun
ia tidak dapat memberi kesan yang lama ke atasnya kerena akhirnya beliau
berhenti dari mengambil ubat tersebut. Selepas beliau berhenti mengambil ubat
tersebut halusinasi serta imaginasi turut sama muncul kembali.
2. Rawatan Elektrokonvulsif (Electroshock Therapy -Ect)
Rawatan elektrokonvulsif diberikan melalui pengaliran elektrik
bervoltan amat rendah merentasi otak seseorang. Elektrik bervoltan rendah digunakan untuk
memberikan kejutan secara teraputik kepada sistem otak. Rawatan jenis ini
adalah selamat, efektif dan tidak berbahaya serta biasanya digunakan untuk
merawat penyakit kemurungan yang serius (O’brien Patrick.1978: 198). Sebelum
rawatan dijalankan, seseorang itu akan diberi bius dan pesakit akan berasa
letih dan lemah di samping ingatan mereka sedikit terjejas.
Di dalam filem ‘A Beautiful Mind’, kaedah ini
dijalankan ke atas John Nasr disebabkan simptom skizorfenia yang dialaminya
agak kritikal sehingga menyebabkannya sentiasa berada dalam delusi dan
halusinasi. Oleh itu, Dr Rossen menyarankan agar rawatan elektrokonvulsif ini
dilakukan sebanyak 5 kali seminggu bagi memberi kelegaan kepadanya. Namun ia
tetap tidak memberi kesembuhan sepenuhnya ke atas John Nasr.
3. Kemasukan Ke Hospital
Gangguan jiwa mempunyai pecahan penyakit
seperti schizophrenia, gangguan dwipolar, kerunsingan, masalah
konpulsif-obsesif, gangguan pemakanan, dementia dan kemurungan. Seseorang yang mengalami skizofrenia tanpa dirawat biasanya akan menunjukkan
pemikiran yang tidak teratur, dan mungkin mengalami delusi atau halusinasi
pendengaran. (http://www.wanista.com/2012/08/kenali-sindrom-sakit-mental-dan-bagaimana-untuk-membantu/).
Ketika krisis atau simptom menjadi lebih teruk, kemasukan ke hospital adalah
perlu untuk memastikan keselamatan, pemakanan, tidur dan juga kebersihan
terjaga. Kebiasaannya pesakit-pesakit skizofrenia ini akan tinggal di dalam hospital
yang khusus bagi penyakit mental kerana tingkah laku pesakit ini kadangkala
amat bahaya sehingga kepada membunuh diri. Walau bagaimanapun, jumlah pesakit
yang berjaya disembuhkan amat sedikit disebabkan mereka mengalami gangguan
mental yang amat serius. Namun begitu terdapat juga pesakit skizofrenia yang
berjaya pulih sepenuhnya dengan gabungan rawatan dan ubat-ubatan yang
diperolehi.
Alice mendapati bahawa kelakuan Nash yang agak
memencilkan diri. Beliau mengesyaki bahawa mungkin Nash mengidap penyakit
tertentu. Jadi John Nasr terpaksa dimasukkan ke hospital apabila tingkahlakunya
yang sentiasa dipengaruhi dengan halusinasi dan delusi menyebabkannya berada
dalam khayalan dan memerlukan kepada perhatian doktor. Selain itu beliau juga
sanggup mencederakan dirinya dengan melukakan lengannya disebabkan
halusinasinya yang menganggap wujudnya kod rahsia yang disimpan di situ.
4. Terapi Psikologi Dan
Sosial
Psikoterapi melibatkan penggunaan teknik
psikologi kepada pesakit. Ahli profesional yang mengendalikan psikoterapi
adalah seperti ahli psikologi, pekerja sosial dan jururawat yang berpengalaman.
Psikoterapi digunakan bersama-sama dengan ubat-ubatan. Kebanyakan pakar
meyakini program pemulihan semakin berkesan jika program ini melibatkan
gabungan psikoterapi dan penggunaan ubat-ubatan antipsikotik. Terapi sebegini boleh dijalankan di hospital, linik pesakit luar,
pusat kesihatan mental dan pusat rehabilitasi ( satu proses yang berterusan
untuk mengembangkan keupayaan seseorangg pesakit akibat sesuatu peristiwa yang
berlaku atau kecederaan).
Kaedah
terapi psikososial digunakan untuk meningkatkan kebolehan sosial, keupayaan
diri, kemahiran praktikal dan komunikasi dengan orang lain daripada kalangan
pesakit skizofernia. Matlamatnya
untuk membolehkan seseorang pesakit yang mengalami penyakit yang kronik
mengembangkan kemahiran sosial dan vokasional agar boleh hidup berdikari.
a. Terapi Keluarga Atau Berkumpulan
Keluarga merupakan insan
yang paling dekat dengan pesakit dan kehadiran mereka adalah sumber
kekuatan yang dapat memberi kelegaan dan kesembuhan dalam jangka masa yang
panjang. Menurut Nevid, et al. (2000) anggota keluarga mampu untuk memainkan peranan
yang paling berkesan sebagai kumpulan sokongan. Pesakit memerlukan sokongan dan
bantuan daripada keluarga. Konsep penerimaan sepenuhnya daripada anggota
keluarga sendiri mampu untuk memulihkan kecelaruan kecelaruan yang dihidapi
oleh pesakit.
Melalui terapi dalam kumpulan, pesakit boleh memperbaiki skil sosial
mereka atau dalam kata lain mengikis kelakuan yang aneh dan memperbaiki cara
berinteraksi dengan orang lain. Terapi ini penting agar ahli keluarga dapat
mengenal serta menjauhi situasi yang boleh membuatkan pesakit berasa tertekan. Konsep penerimaan sepenuhnya daripada anggota
keluarga sendiri mampu untuk memulihkan kecelaruan-kecelaruan yang dihidapi
oleh pesakit. Masyarakat sering menganggap
mereka yang mengalami masalah mental ini sebagai satu ancaman dan amat merbahaya
kepada keselamatan kerana akhbar sering melaporkan salah laku mereka yang
menghadapi masalah ini tetapi tidak menyatakan cara untuk membantu mereka.
Justeru, peranan keluarga dalam membantu pesakit amatlah diharapkan. Layanan
dan kemesraan yang ditunjukkan akan memberikan pesakit keyakinan diri dan
merasakan diri mereka disayangi serta dihargai
Selepas Nash dikeluarkan dari hospital,
isterinya Alice banyak mengambil berat dan memantau kesihatannya. Alicia
merupakan individu penting dalam proses kesembuhan John Nasr. Pengorbanannya
dalam memahami emosi suaminya menjadikan proses ini dapat dilalui dengan
sebaiknya sehingga John Nasr sembuh dari penyakit yang dihidapi hampir 3 dekad.
Sokongan dan dorongan ahli keluarga dapat menyuntik semangat untuk kekal sihat
dan menjalani kehidupan normal yang penuh kegembiraan dan keseronokan. Alice
sangat sabar dalam melayani karenah dan perangai John Nash yang kadang-kadang
turut mendatangkan tekanan padanya. Selain itu Sol sahabatnya juga pernah
melawatnya di rumah dan cuba untuk menaikkan semangatnya untuk pulih normal
seperti manusia lain. Doktor juga menjalankan tanggungjawabnya dalam memberi
rawatan yang bersesuaian dengan pesakit.
b. Latihan Kemahiran Sosial
Latihan ini adalah pendekatan pemulihan yang berkesan dan membantu
pesakit berdikari. Program pendidikan untuk keluarga bertujuan meningkatkan
pemahaman tentang penyakit skizofrenia dan cara rawatannya. lni dapat membantu
keluarga pesakit momperbaiki komunikasi dan kemahiran dalam penyelesaian
masalah.Bagi sesetengah pesakit rawatan pemulihan melalui program bengkel
terlindung dant penjagaan harian akan dapat membantu. Rawatan awal memudahkan
penyakit ini sembuh dan mengekalkan fungsi diri.
c. kaunseling
Kaunseling boleh membantu pesakit memahami keadaan diri dan
perasaannya dengan lebih mendalam. Rawatan ini diberikan secara pesakit luar.
Seseorang itu mungkin memerlukan beberapa sesi kaunseling sebelum mendapat
kesan rawatan. Jumlah sesi kaunseling bergantung kepada jenis penyakit dan
keperluan individu. Selain itu, terapi kaunseling kepada keluarga juga penting.
Melalui terapi ini, keluarga tersebut dapat memahami dengan lebih mendalam
berkenaan penyakit ini dan mengenal pasti sebarang perubahan pada pesakit
dengan lebih cepat. Selain itu, program pendidikan untuk keluarga bertujuan
meningkatkan pemahaman tentang penyakit skizofrenia dan cara rawatannya. lni
dapat membantu keluarga pesakit memperbaiki komunikasi dan kemahiran dalam
penyelesaian masalah.
d. Terapi Kelakuan
Pendekatan ini menggunakan pendekatan sistem
ekonomi yang dilakukan di hospital mental. Pesakit belajar mengenai tingkah
laku yang formal seperti bagaimana mentadbir semasa mesyuarat, mempunyai
perwatakan yang kemas dan sentiasa menggunakan perkataan yang sopan. Terapi ini digunakan pada pesakit-pesakit skizofernia untuk
memperbaiki pemikiran yang sudah terpesong, meningkatkan daya tumpuan, dan
membaiki kesilapan dalam membuat keputusan (Zuraida.2009:42). Pesakit yang
beroleh keberkesanan dalam terapi adalah yang memahami dan nyata penyakit yang
dialami oleh mereka. Teknik releksasi adalah merupakan satu contoh rawatan
jenis ini. Jika pesakit dapat melakukannya mereka akan diberikan ganjaran sama seperti
makanan, masa yang istimewa kepada mereka, mereka telah lulus ujian dan
sebagainya. Kaedah rawatan ini mengurangkan delusi dan halusinasi pesakit (O’brien Patrick.1978:255). Pendekatan
ini adalah lebih mesra dan banyak diaplikasikan pada masa kini. Terapi
memerlukan perhatian yang tinggi diberikan kepada pesakit dalam misi untuk ke
arah lebih baik. Keluarga dan sahabat perlu memberikan perhatian dan
perlindungan kepada pesakit kerana hanya melalui sokongan ini dapat
menyembuhkan mereka daripada halusinasi dan delusi.
Alicia memberikan sentiasa memberikan keyakinan kepada
suaminya untuk berdikari. Kerjasama dari masyarakat seperti kawannya Martin
Hansen yang membenarkan dia belajar semula di Princeton university.
e.
Psikoterapi Individu
Psikoterapi
individu adalah suatu terapi yang dapat membantu dan memberi kesan tambahan
kepada rawatan ubat-ubatan. Kebolehan juruterapi seperti keluarga, sahabat dan
orang awam menguasai dan memahami pesakit adalah satu cara yang dapat member
kesan kepada keberkesanan rawatan ini. Manakala, kebolehan seseorang pesakit
skizofernia untuk menghasilkan perhubungan yang berkesan atau ‘terapeutik’
dengan juruterapi adalah penanda kepada keberkesanan rawatan psikoterapi
(Zuraida.2009:42). Untuk membina hubungan anatara pesakit dengan doktor bukanlah
suatu tugas yang mudah disebabkan pesakit suka bersendirian, sukar untuk
didekati, sukar mempercayai orang lain dan mudah cemas. Juruterapi perlu
menghormati ruang dan privasi yang diingini oleh pesakit dan perlu memberikan
arahan yang mudah, bersikap sabar, ikhlas dan sensitive dengan gelagat pesakit.
Kepercayaan terhadap juruterapi perlu dibina ke atas pesakit agar mereka boleh
dipercayai, memahami dan meyakini bahawa pesakit adalah seperti manusia biasa.
Objektif psikoterapi individu ini
adalah untuk meningkatkan keperibadian dan penyesuaian sosial selain mencegah
daripada berulangnya penyakit. Pendekatan terapi ini menggunakan kemahiran sosial, senaman
relaksasi (ketenangan), pendidikan psikiatri, mengenal diri dan memahami
kelemahan diri. Pesakit yang menjalani psikoterapi peribadi akan bertambah baik
dalam penyesuaian social, termasuk dalam pekerjaan, berhibur dan perhubungannya
dengan orang lain serta kadar berulangnya penyakit adalah rendah berbanding
pesakit yang tidak menjalani terapi peribadi (Zuraida.2009:43).
Dr
Rossen adalah individu yang bertanggungjawab dalam misi member kesembuhan
kepada John Nasr. Melalui pantauan dan nasihat Dr. Rossen, John Nasr kembali
yakin untuk keluar daripada penyakitnya. Kepercayaannya terhadap Dr. Rossen membantu
dia Berjaya untuk mengawal halusinasi dan delusi yang dialami.
Rawatan
Susulan Pesakit Yang Baik Prognosis
Selepas
rawatan episode skizorfenia pertama, pesakit yang dianalisis mempunyai
prognosis yang baik (dijangka akan pulih dengan cepat dan sepenuhnya) akan
dirawat dengan dua keperluan utama (Zuraida.2009: 50).
i.
Perlu
meneruskan ubat antipsikotik untuk sekurang-kurangnya tiga bulan sebagai
pesakit luar
ii.
Mendapatkan
nasihat doctor untuk rawatan susulan.
Rawatan
Susulan Pesakit Yang Tidak Baik Prognosis
Apabila
dinilai kemungkinan penyakit akan berulang, rawatan berterusan diperlukan,
termasuklah terus memakan ubat antipsikotik. Suntikan antipsikotik diberikan
jika ubat tidak berhasil. Keperluan ubat bergantung kepada keadaan pesakit dan
pantauan serta nasihat akan diberikan supaya pesakit menjauhkan daripada
hal-hal yang menekan hidupnya. Masa interaksi dikurangkan jika didapati emosi
ahli keluarga yang tinggi terhadap pesakit.. Pesakit digalakkan meneruskan
kehidupannya dengan mendapatkan pekerjaan dan meneruskan kerjayanya
(Zuraida.2009:51).
Rawatan
Sususlan Pesakit Kronik
Apabila
pesakit didapati sukar untuk bersosial dan mempunyai symptom-simptom negatif
skizofernia yang kronik, rawatan yang lebih komprehensif perlu dirancang.
Proses rehabilitasi perlu dijalnkan sama ada di hospital atau diluar hospital.
Pengekalan ubat-ubatan sangat penting di samping program pemulihan yang
besesuaian dengan pesakit.
Rawatan adalah ibarat tongkat yang
hanya dapat menyokong pesakit tetapi berjalan adalah dilakukannya sendiri.
Sokongan keluarga dan rakan-rakan akan dapat membantu memulihkan pesakit.
Kesimpulan
Skizofernia ini adalah satu penyakit yang sebenarnya berpunca
daripada masalah kegagalan fungsi otak. Disebabkan oleh masalah tersebut
membuatkan pesakit skizoferni ini sering mendengar suara yang tidak didengari
oleh orang lain atau percaya bahawa orang lain sedang menguasai pemikiran
mereka dan juga percaya bahawa ada orang yang mahu mencederakan mereka.
John Nash seorang individu genius dalam bidang matematik mampu
membuktikan bahawa walaupun beliau mengalami penyakit skizofernia ini hampir
tiga dekad, beliau berjaya mengharungi hidup dan meraih anugerah Nobel
Memorial Prize dalam ekonomi. Beliau akhirnya berjaya pulih seperti
sediakala dan menjalani kehidupan normal seperti manusia biasa.
Ini membuktikan bahawa pesakit yang mengidap penyakit skizofenia
ini mampu serta boleh disembuhkan dan pesakit ini juga boleh menjalani kehidupan-kehidupan
yang normal seperti manusia biasa. Sebelum pesakit skizofernia boleh menjalani
kehidupan normal, terdapat usaha-usaha serta rawatan yang berkala bagi mengawal
halusinasi yang dialami oleh pesakit ini. Ubat-ubatan untuk menyembuhkan penyakit
ini juga masih belum lagi ditemui walaupun penemuan bagi rawatan dan ubatan
telah ada. Ini kerana kaedah rawatan serta ubat-ubatan bagi penyakit
skizofernia ini hanyalah bersifat untuk meredakan ketegangan pesakit shaja dan
bukan untuk menyembuhkan penyakit skizofernia ini secara menyeluruh.
Pemupukan kasih sayang di antara pesakit skizofernia ini
terutamanya melibatkan anggota keluarga serta masyarakat amat dititikberatkan
bagi merawat pesakit-pesakit skizofernia. Sikap-sikap tidak meminggirkan pesakit
ini juga adalah perlu bagi mewujudkan perasaan tenteram dalam diri pesakit.
Oleh itu, segala sokongan serta kerjasama dari semua pihak adalah amat penting
bagi mengembalikan semula pesakit ini ke dalam keadaan normal.
Rujukan
Azizi Yahaya
dan Tan Soo Yin. 2007. Kesihatan Mental. Universiti Teknologi Malaysia.
Johor.
Azizi Yahaya, Cathy Suhaila Abdullah, Roslee
Ahmad dan Sharifuddin Ismai. 2006. Kecelaruan tingkah laku. PTS
Professional Publishing. Kuala Lumpur.
H.Buss Arnold & H. Buss Edith. 1969. Theories of
Skizophrenia. United States of America :
Lorettali.
Ming T.Tsuang. 1982. Schizophrenia : The Facts. New York :
Oxford University Press.
Mueser, K.T. dan Gingerich. S. 1995. Coping With Schizophrenia.
Oakland, California. New Harbinger Publications, Inc.
Nevide, J.S., Rathus, S.A dan Greene, B. 2000.
Abnormal Psychology, Fourth Edition. New Jersey. Prentice Hall.
Nor Zuraida Zainal & Jesjeet Singh Gill.2009. Skizofernia:
Penyakit Mental. Kuala Lumpur: Penerbit UM.
O’brien Patrick.1978. The Disordered Mind
,What we now know about Schizophrenia.,USA: A Spectrum Book.
Sue A. Shapiro. 1960. Contemporary Theories of Schizophrenia.
New York : Basic Book
Publishers.
William C.
Cockerham. 1995. Sociology of Mental Disorder. Sixth Edition. New Jersey
:
Upper Saddle River.
Dengan Kerjasama :
Nor Atikah Binti Adnan
Nurfida'iy Binti Salahuddin
Nurul Amilin Binti Rozali
Nurfiza Syahida binti Mazid
Nur Ain Binti Arifin
